(VIDEO) “Kurangkan Sikit Makan..” – Harga Siling Telur Ayam Naik, ‘Statement’ Pengarah KPDNHEP Melaka Ini Teruk Dikecam

Kehidupan

(VIDEO) “Kurangkan Sikit Makan..” – Harga Siling Telur Ayam Naik, ‘Statement’ Pengarah KPDNHEP Melaka Ini Teruk Dikecam

Baru-baru ini viral di media sosial Twitter, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hermy Rahim yang memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka.

Menerusi video tersebut, Pengarah KPDNHEP Melaka dilihat sedang membuat tinjauan dan pemantauan di sebuah pasar di Melaka susulan kenaikan harga barangan yang menjejaskan pembekal, peruncit, serta pengguna.

Advertisement

Menurut pengarah, Norena Jaafar telah mencadangkan agar orang ramai mengurangkan kadar penggunaan dan pengambilan telur ayam dalam pemakanan seharian mereka.

Kalau dah tahu harga telur ayam tinggi, kita kurangkan makan telur.

Jelasnya, jika selalunya pengguna makan 20 biji telur ayam dalam seminggu, pengguna boleh cuba untuk mengurangkan kadar pengambilan telur sebanyak 10 atau 15 biji seminggu.

Tak ada masalah.. itu adalah cara hidup kita.

Bagaimanapun, menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah KPDNHEP itu.

Kalau kena kurangkan makan telur ayam habis tu nak makan apa lagi dah kalau telur je yang paling murah – netizen.

Telur harga mahal, kurangkan perbelanjaan telur. Menteri harga mahal, kurangkan perbelanjaan menteri jugak la kan?” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

telur
2 bulan lalu

"Tutup Atas Pun Kena Bayar" - Peniaga Kenakan 'Charge' 30 Sen Untuk Kotak Telur

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 3, 2022 at 2:48 pm

    kau hari2 makan ‘DEDAK’ boleh la cakap gitu harga siling ke apa ke kau tak terkesan pun barua ,sejenis bangsat bodoh kalau bercakap

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...