Tidak dinafikan, bebanan kerja yang semakin bertambah boleh mengundang kepada ‘burnout’ kepada para pekerja, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja dari rumah.
Dalam berdepan situasi yang sukar seperti ini, setiap individu perlu fleksibel dan ruang untuk diri berehat dan menikmati kehidupan dalam masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah burn out ini.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok yang bertanyakan kepada seorang doktor dikenali sebagai Dr. Hafeez sama ada pihak hospital ataupun klinik boleh mempertimbangkan pemberian surat medical certificate (MC) kepada pesakit yang mengalami burn out.
Of course boleh tapi you kena cerita from A – Z apa masalah, jangan malu sorok-sorok cerita walaupun cerita tu personal.
Jelasnya, pesakit perlu bersedia untuk meluahkan segala isi hati dan masalah yang terpendam bagi memudahkan pakar perubatan untuk memberi keperluan diagnosis selanjutnya.
Bukan sahaja MC mungkin perlu rujukan ke kaunselor atau pakar psikiatri sebab kadang-kadang ada isu-isu terpendam lain disebalik burn out.
@hafeezdru Reply to @kantanmanis
Dalam pada itu, Dr. Hafeez turut mencadangkan rawatan perlu dilanjutkan ke bahagian psikiatri bagi mengenalpasti stress yang dialami serta belajar cara untuk mengendalikan stress.
Stress dan burn out is a real issue tapi kena berterus terang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.