“Yuran Dahla Mahal” – Nak Habis Tahun Buku Teks Anak Belum Dapat, ‘Parents’ Mengeluh Sistem Pengajian KAFA

Kehidupan

“Yuran Dahla Mahal” – Nak Habis Tahun Buku Teks Anak Belum Dapat, ‘Parents’ Mengeluh Sistem Pengajian KAFA

Satu hantaran di page Facebook Penang Kini ada menyuarakan perasaan kesal dalam kalangan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke kelas pengajian Al-Quran & Fardu Ain (KAFA) namun tidak menerima hak yang sepatutnya.

Kata ibu bapa pelajar, sudah berbulan-bulan sekolah KAFA dibuka namun buku teks untuk pengajian dan pembelajaran masih belum diterima oleh murid-murid.

Advertisement
kafa tak dapat buku teksSumber : Facebook  

Malah, cuti persekolahan sudah pun tamat dan hampir menjelang hujung tahun namun pihak sekolah ketika dihubungi mengatakan bahawa Jabatan Agama Negeri masih belum menghantar bahan pembelajaran tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan lokasi sekolah KAFA manakah yang terjejas seperti didakwa dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa turut berkongsikan rasa yang sama dan kebanyakan mereka turut mengeluh berikutan yuran pengajian KAFA yang mahal.

komen kafa buku teks tak dapatSumber : Facebook  

Akhirnya ada yang bersuara. Sekarang dah setengah tahun dah, buku tak dapat-dapat lagi. Dahla kena beli juga walaupun adik boleh guna yang abang kakak sebelum ni, dengan alasan silibus tak sama.

Selain itu, ada netizen yang melontarkan buah fikiran mengenai sistem pembelajaran, pengajaran dan persekitaran yang perlu diubah dan ditambah baik untuk para pelajar.

kanak kanak belajar iqra
7 bulan lalu

(VIDEO)” Tak Baik Cakap B*bi!” - Netizen Terhibur Tengok Anak 'Sekolahkan' Ibu Balik Waktu Diajar Mengaji Iqra

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.