Baru-baru ini, tular satu video berdurasi kurang dari 20 saat di Twitter memaparkan tembok di sebuah kawasan perumahan yang terletak di Taman Yulek, Cheras runtuh.
Video yang dirakam melalui kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) milik sebuah rumah berhadapan tempat kejadian menunjukkan kawasan tembok tinggi itu dalam keadaan normal sahaja pada mulanya.
Tetapi apakan daya, secara tiba-tiba simen yang melitupi tembok tinggi tersebut runtuh dengan sekelip mata dan dapat dilihat selepas ianya runtuh, ada air yang mengalir di dalam tembok yang runtuh itu.
Kejadian di Cheras… pic.twitter.com/up04gdFuza
— Get Vaxxed! (@changing_shade) December 23, 2021
Disebabkan keruntuhan tersebut, sebuah kereta yang parkir bersebelahan tembok simen itu dihempap dan rosak dengan teruk.
Namun begitu, masih tidak dapat kepastian lagi sebab insiden itu boleh berlaku hingga membuatkan ianya runtuh dan sehingga kini, video terbabit telah meraih lebih 90,000 ribu tontonan daripada warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.