Licin Dikerjakan Pencuri, Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Rancak Di Taman Sri Muda

Kehidupan

Licin Dikerjakan Pencuri, Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Rancak Di Taman Sri Muda

Tular di media sosial Facebook apabila perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamarul Azizi memaparkan ‘sisi gelap’ ketika tragedi banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam yang ternyata telah menuai pelbagai respon daripada netizen.

Antara perkongsian foto yang diambil saudara Kamarul adalah di mana keadaan kedai-kedai runcit yang kebanyakannya barang-barang mereka telah ‘licin dirembat’ kerana dipecah masuk oleh pencuri yang mengambil kesempatan ketika keadaan mendesak ketika banjir.

Advertisement

 

Manakan tidaknya, bukan keperluan asas seperti makanan dan minuman yang diambil, malah barang-barang perkakasan elektrik seperti televisyen misalnya turut diambil individu tidak bertanggungjawab.

Kamarul dalam satu hantaran berkata orang ramai perlulah bersabar kerana banyak bantuan telah dan akan diberikan oleh pihak kerajaan mahupun sukarelawan.

Kita faham ramai yang terdesak demi kelangsungan hidup tetapi tidak perlu pecah masuk kedai kerana terdapat banyak bantuan yang diberikan.

 

Harap mangsa banjir tidak terlalu cerewet dengan bantuan yang diberikan dan bersyukur kerana ramai yang prihatin.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial tampil meluahkan rasa geram dan bersimpati dengan nasib para peniaga yang terpaksa menanggung kerugian akibat tragedi ini.

“Bagus ada pendedahan begini, sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang jadi. Di negeri lain yang banjir, takda pula timbul isu pecah masuk macam ni.” komen seorang netizen berikutan kes tersebut.

Tips cuci rumah selepas banjir
1 bulan lalu

Biasa Hadapi Banjir Di Pantai Timur, Pemuda Ini Kongsi Tips Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 24, 2021 at 7:14 pm

    orang bagi makanan tak nak makan, kata haram, tapi pecah masuk kedai orang boleh pulak!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...