Setiap insan inginkan seseorang yang memahami dan memberikan kasih sayang yang secukupnya untuk dijadikan teman seumur hidup.
Namun begitu, tidak semua yang bertuah dalam memilih pasangan dan kadangkala pasangan yang dipilih bukannya memberi kegembiraan tetapi kesedihan terhadap diri sendiri.
Itulah yang dikongsikan di TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @itsmeeeh, dia menjadi mangsa lelaki kaki pukul dan berjaya keluar daripada hubungan dengan lelaki itu.
Selepas hubungannya dengan lelaki tersebut, dia bertemu dengan lelaki lain dan lagi sekali berada dalam perhubungan. Tetapi bak kata peribahasa Melayu ‘keluar mulut harimau, masuk mulut buaya’, dia sekali lagi menjadi mangsa pukul malahan lebih teruk daripada yang pertama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan terhadap wanita itu dan tidak menyokong sebarang kekerasan dilakukan ke atas wanita kerana kekerasan tidak menyelesaikan sebarang masalah tetapi menambah lagi masalah yang sedia ada.