Pukul Bekas Isteri Gara-Gara Enggan Bergambar, Penyanyi Terkenal Ditangkap Polis

Berita

Pukul Bekas Isteri Gara-Gara Enggan Bergambar, Penyanyi Terkenal Ditangkap Polis

Seorang penyanyi terkenal berusia 45 tahun dilaporkan telah ditangkap di kawasan kediamannya berlokasi di Kota Damansara di atas kesalahan memukul bekas isterinya, lapor mStar Online.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di mana dia memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada penyanyi berkenaan.

Advertisement

Kejadian pukul itu difahamkan terjadi di kawasan parkir rumah kira-kira jam 2.29 petang.

penyanyi ditangkapSumber : Google  

Bekas isteri penyanyi itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian pada Selasa.

Difahamkan punca kejadian berlaku kerana mangsa enggan bergambar bersama bekas suaminya itu.

Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Serangan seksual
2 years ago

Penceramah Bebas Ditahan Polis, Didakwa Lakukan Amang S*ksual Terhadap Anak Rakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...