Tular di aplikasi TikTok apabila satu hantaran video oleh pengguna yang dikenali sebagai Nrazween memaparkan rakaman dua orang kanak-kanak bersalaman antara satu sama di perkarangan sebuah sekolah.
Menerusi video yang dipercayai telah dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan, dapat dilihat kanak-kanak itu bersalaman sambil meletakkan dahi ke tangan seorang lagi kanak-kanak lelaki.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila kedua-duanya baru berusia ‘setahun jagung’ dan masih lagi berada di bangku sekolah rendah.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur menyaksikan gelagat mereka berdua.
“Cinta terhalang oleh sebuah pagar besi sekolah”, tulis seorang pengguna TikTok.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengecam dan mengambil serius terhadap aksi yang dilakukan.
Berikutan kecaman yang diterima, ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan tampil menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disebabkan pergaulan bebas yang tidak dipantau oleh ibu bapa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.