Popular Sampai Indonesia, Ibu Tak Sangka Senyuman Manis Anak Lelaki Bikin Netizen TikTok ‘Cair’

Kehidupan

Popular Sampai Indonesia, Ibu Tak Sangka Senyuman Manis Anak Lelaki Bikin Netizen TikTok ‘Cair’

Perkongsian seorang ibu di laman TikTok mengenai aktiviti hariannya bersama anak-anak akhirnya membawa tuah kerana telah meraih populariti sehingga ke luar negara.

Menurut wanita yang juga seorang ibu ini ini, dia tidak menyangka perkongsian mengenai anak-anaknya telah meraih peminat yang tersendiri terutamanya buat anak sulung Aishah, iaitu Muhammad Khalish Afwan yang baru sahaja berusia 10 tahun.

Advertisement

Ditemui media, Aishah memaklumkan bahawa beberapa video yang menunjukkan gelagat dan wajah Khalis juga turut ditonton netizen dari Indonesia.

Ini berikutan ramai yang memuji Khalish mempunyai wajah dan tingkah laku yang sopan dan telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Saya aktif kongsi video ke TikTok ketika pandemik COVID-19. Pada waktu itu, kita banyak duduk di rumah. Jadi saya kongsi video makan-makan dan unboxing bersama anak-anak.

Tak sangka video jadi viral. Sampai ada peminat dari Indonesia yang WhatsApp. Saya terharu dengan penerimaan orang ramai.

Kata Aishah lagi, Khalish merupakan seorang yang pemalu namun berubah dan berminat untuk bercakap kerana sering muncul dalam video yang dirakam oleh ibunya di TikTok.

KhalishSumber : TikTok  

Dalam pada itu, Aishah masih meletakkan had agar anaknya tidak hanyut dengan populariti yang Khalish dapat di media sosial.

“Saya nak dia membesar macam biasa walaupun orang kenal. Saya tak mahu dia leka dengan media sosial. Ramai orang minta saya buat Instagram khas untuk Khalish” kata Aishah.

Aishah juga merancang untuk menjadikan anak sulungnya sebagai duta kepada produk yang diusahakan iaitu perniagaan membuat kek dan biskut ‘home made’.

terajang budak form 1
2 years ago

(VIDEO) Budak 13 Tahun Didakwa Buat Cubaan Rogol, Tindakan Sekumpulan Pemuda ‘Belasah’ Dikritik Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...