Kejadian tanah mendap yang dilaporkan berlaku di Lestari Perdana, Seri Kembangan telah mengakibatkan lima kenderaan rosak, semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Menurut Norazam, pihaknya menerima laporan kira-kira jam 6.38 petang semalam sebelum pasukannya bergegas ke lokasi kejadian.
Berdasarkan laporan awal, berlaku tanah mendap di kawasan berhampiran longkang mengakibatkan lima kenderaan rosak.
Menurut laporan Bernama, hujan pada masa kejadian menyebabkan longkang pecah dan lima kereta tenggelam pada kedalaman 5 hingga 6 meter.
Lima kenderaan yang diletakkan di Jalan LP1A/2 Lestari Perdana, Serdang rosak selepas berlaku tanah mendap di kawasan itu pada pukul 6.38 petang tadi- video awam pic.twitter.com/BEYUB09g5e
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) January 25, 2022
Difahamkan, kawasan itu telah ditutup kepada orang ramai sebelum perkara itu diserahkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, satu kejadian tanah telah berlaku di kawasan tersebut pada tahun 2017, iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.