Berteduh Bawah ‘Flyover’, Penunggang Motosikal Nyaris Dihimpap Besi Binaan Di MRR2

Berita

Berteduh Bawah ‘Flyover’, Penunggang Motosikal Nyaris Dihimpap Besi Binaan Di MRR2

Baru-baru ini, sekumpulan penunggang motosikal berhadapan dengan detik-detik cemas apabila berteduh dari hujan dibawah flyover Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ketika sedang berteduh di bawah jambatan tersebut, secara tiba-tiba sejumlah besi binaan telah jatuh dari atas dan hampir saja menimpa mereka semua.

Advertisement

Insiden terbabit telah dikongsikan semula oleh akaun TikTok Utusan pada hari semalam.

Berdasarkan maklumat yang didapati dari pemilik asal video itu, situasi itu berlaku ketika hujan lebat dan ianya bertempat di jalan MRR2 dari arah Ukay Perdana ke Zoo Negara.

Difahamkan juga, mujur tiada mana-mana penunggang motor yang tercedera akibat insiden itu dan kelihatan besi tersebut jatuh di laluan paling kiri, ia sekaligus menghalang pengguna jalan raya untuk mengguna bahagian kiri.

Namun, apa yang lebih membahayakan lagi adalah terdapat beberapa sisa besi yang masih tergantung di hujung flyover dan hanya tunggu masa saja untuk terjatuh.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.

pemandu Grab disamun
2 years ago

Pemandu Grab Disamun Berlumuran Berdarah, Netizen Berang Perakam Hanya Rakam Tapi Tak Bantu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan TV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...