Pemandu Grab Disamun Berlumuran Berdarah, Netizen Berang Perakam Hanya Rakam Tapi Tak Bantu

Berita

Pemandu Grab Disamun Berlumuran Berdarah, Netizen Berang Perakam Hanya Rakam Tapi Tak Bantu

Baru-baru ini, tular satu video di laman media sosial pada hari Isnin yang memaparkan seorang pemandu e-hailing Grab didakwa telah menjadi mangsa samun.

Menerusi video tular berdurasi 47 saat itu, kelihatan berlakunya pergelutan diantara dua individu, dimana seorang daripada mereka yang dipercayai sebagai pemandu Grab tersebut mengalami kecederaan yang parah.

Advertisement

Biarpun jelas kelihatan mengalami kecederaan yang parah dari kesan darah di baju pemandu itu, beliau tetap cuba untuk melawan serta difahamkan kejadian berlaku di kawasan Sentul, Kuala Lumpur, kira-kira pada jam 1 petang.

Oleh kerana video tersebut telah tular, ramai warganet meninggalkan komen dan biarpun ada yang khuatir dengan keadaan pemandu itu, dalam pada itu ada juga yang mengecam si perakam kerana hanya merakam tanpa membantu individu lelaki berbangsa India terbabit.

komen FacebookSumber : Facebook 

Tetapi dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang merasakan tindakan perakam untuk tidak masuk campur adalah perkara yang sepatutnya dilakukan kerana bimbang perkara lain pula yang terjadi.

komen FacebookSumber : Facebook 

Susulan kes yang terjadi, Harian Metro melaporkan mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut dan suspek yang tidak ada sebarang rekod jenayah itu berjaya diberkas.

armia
2 years ago

Cetus Kekecohan, Lelaki Pulang Dari Menuntut ‘Ilmu Agama’ Mengaku Imam Mahdi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...