(VIDEO) “Kecut La Tu” – Netizen Terhibur Tengok Bosskay Kena ‘Terjah’ Dengan Cik Pia, Berkejaran Tahan Kereta

Kehidupan

(VIDEO) “Kecut La Tu” – Netizen Terhibur Tengok Bosskay Kena ‘Terjah’ Dengan Cik Pia, Berkejaran Tahan Kereta

Tular di media sosial TikTok apabila bekas isteri kepada sifu bisnes Bosskay, Cik Pia dilihat mengejar bekas suaminya itu hanya kerana ingin meminta kerjasama mengenai hal perceraian mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cik Pia, wanita itu dilihat mengejar kereta yang dipandu Bosskay kerana tidak dilayan untuk bertemu pada awalnya.

Advertisement

Cik Pia kemudian mendekati kereta yang diparkir di sebuah kawasan di Ampang, Selangor dan menemui Bosskay yang sedang sibuk membuat ‘live’.

Difahamkan, wanita itu ingin bertemu Bosskay kerana menuntut kerjasama bagi urusan surat menyurat daripada mahkamah.

Kalau tak salah kenapa lari? Saya nak minta kerjasama awak sahaja untuk ambil surat mahkamah.

Bosskay kemudian terus meninggalkan kawasan tersebut setelah mengambil dokumen daripada bekas isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihatkan gelagat pasangan itu di media sosial.

Ada juga yang mempersoalkan sikap Bosskay yang sering mengelak selain turut tertanya-tanya tentang apa yang ditaksubkan pengikut sifu bisnes itu sebelum ini.

Terdahulu, Bosskay yang baru sahaja mendirikan rumah tangga kali ketiga bersama pelakon Tash Yong menyifatkan kedua-dua bekas isterinya sebagai ‘psiko’ dan gemar mencari perhatian.

Boskayy isteri pertama anak demam
1 year ago

(VIDEO) "Hanya Tahu Bagi 'Benih'.." - Isteri Pertama Kena 'Blocked' Dengan Boskayy, Anak Demam Rindukan Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...