(VIDEO) “Hanya Tahu Bagi ‘Benih’..” – Isteri Pertama Kena ‘Blocked’ Dengan Boskayy, Anak Demam Rindukan Bapa

Kehidupan

(VIDEO) “Hanya Tahu Bagi ‘Benih’..” – Isteri Pertama Kena ‘Blocked’ Dengan Boskayy, Anak Demam Rindukan Bapa

Nampaknya bukan sahaja Cik Pia yang sering mendedahkan pengabaian bekas suami yang juga ‘influencer’ bisnes, Boskayy terhadap dia dan anak-anak tetapi isteri pertama lelaki itu, Puan Noni turut berhadapan dengan isu yang sama.

Baru-baru ini, Noni mendedahkan bahawa dia telah dianiaya suaminya apabila lelaki itu dikatakan enggan mengambil tahu langsung tentang keadaan kedua-dua anak mereka.

Advertisement

Difahamkan, Boskayy telah menyekat nombor telefon dan enggan lagi berhubung dengan Noni dan anak-anak.

Noni ada memuat naik video memaparkan anak lelakinya sedang menangis kerana gagal berhubung dengan Boskayy dan anak perempuan mereka yang bernama Anzalna juga dikatakan sering demam kerana terlalu rindu dengan bapa mereka.

Tambahnya lagi, status perkahwinan mereka juga masih berada dalam tanda tanya kerana lelaki itu tidak hadir ke prosiding mahkamah meskipun tarikh sudah ditetapkan sebanyak 2 kali.

Terdahulu, kisah isteri kedua Boskayy yang dikenali sebagai Cik Pia menjadi tular di media sosial gara-gara penganiayaan dan tidak diberi nafkah oleh lelaki itu.

Kisah itu kemudian mendapat kecaman daripada warga maya yang menganggap lelaki itu hanya tahu memberi ‘benih’ dan tidak mampu bertanggungjawab.

Boskayy sebelum ini memaklumkan bahawa dia sudah berkahwin dengan pelakon Tash Yong di luar negara.

Noh Salleh
10 months ago

Berebut Hak Penjagaan Anak, Noh Salleh Hidupnya Sukar Setelah Bercerai Dengan Mizz Nina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...