(VIDEO) “Kau Satu Je, Kau Anak Tiri” – Bapa Belikan Mainan Untuk Anak-Anak, Netizen Tegur Cara ‘Bergurau’

Kehidupan

(VIDEO) “Kau Satu Je, Kau Anak Tiri” – Bapa Belikan Mainan Untuk Anak-Anak, Netizen Tegur Cara ‘Bergurau’

Viral di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asofa memaparkan seorang lelaki yang sedang melayani anak-anaknya.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat membawa pulang barang permainan kanak-kanak yang dibeli untuk tiga orang anaknya.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah sewaktu lelaki itu membahagikan permainan tersebut kepada anak-anaknya.

Kau satu saja tau, kau anak tiri, tak boleh.

Walaupun kepulangannya disambut dengan keterujaan tiga orang anaknya, lelaki itu hanya memberi satu permain untuk anak lelaki yang didakwa anak tiri. Manakala, dua permainan untuk setiap anaknya yang lain.

Gara-gara terkilan dengan kata-kata lelaki itu, anak lelakinya itu turut dilihat menangis kerana berasa tidak adil dan tersisih daripada adik-beradiknya.

@asofa40

? bunyi asal – asofa40 – asofa40

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang menegur cara lelaki itu bergurau dan bimbang perkara itu akan menjadi ingatan kanak-kanak itu.

Takut dah besar budak tu balas dendam je – netizen.

Malah, ada juga yang bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu atas tindakan ibu bapanya yang memilih kasih.

Mak dia pun tolak anak nya bila dekat, apa salah budak tu, jangan lah macam tu,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tabligh
4 bulan lalu

Suami Ikut Tabligh Berbulan-Bulan Guna Duit Bisnes Isteri Tapi Tak Tinggalkan Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 30, 2022 at 1:19 pm

    Ba alip ba ya… Ko dapat jantan, zuriat tu kau nak buang.. Syabas… umur xsllu muda, tak tergamak aq.. Even anak jiran dtang pun, ngn ank2 aq skli akn dpt bnde yg sme, cthnya makanan… Xptut org dewasa, ade akal fikiran buat perangai mcm bangang childish… Rezeki tue Allah yang pnya, kau kedekut.. Kang Allah tarik sbb kau melukakan ati anak kecil tue… Bru tau. Bkn slh die jd anak tri kau.. Tp salah kau, sbb meng anak tirikan die.. Die ttap anak.. Xkisah la jd benih kau ke x.. Nak mak.. Dpt mak, buang ank.. Bodoh

  2. a

    July 29, 2022 at 8:41 pm

    hmmmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...