Suami Ikut Tabligh Berbulan-Bulan Guna Duit Bisnes Isteri Tapi Tak Tinggalkan Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas!

Kehidupan

Suami Ikut Tabligh Berbulan-Bulan Guna Duit Bisnes Isteri Tapi Tak Tinggalkan Nafkah, Siap Suruh Gadai Emas!

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai sebuah hantaran oleh seorang wanita yang meluahkan isi hatinya selepas suami yang merupakan pengikut tabligh ingin keluar berdakwah selama empat bulan dengan menggunakan wang hasil titik peluh isteri.

Menurut wanita itu, dia bimbang kerana masih mempunyai anak kecil namun tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bergantung kepada perniagaan.

Advertisement

Malah, hasil wang dan keuntungan daripada perniagaan yang digunakan untuk membesarkan anak dan menyara keluarga itu sewenang-wenangnya digunakan oleh suami untuk mengikuti tabligh selama empat bulan.

Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama.

Gara-gara suami kerap menyentuh soal agama, si isteri terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan lebih panjang.

tabligh

Apa yang lebih menyedihkan, suaminya juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk mengikuti jemaah tabligh sehingga sanggup meminta si isteri untuk menggadaikan barang kemas yang ada.

Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana.

Walaupun terpaksa menuruti kehendak suami, dia telah dilabel sebagai kedekut dan tidak sanggup berkorban di jalan Allah kerana enggan membantu.

Tambahnya lagi, suaminya turut memesan agar jangan terlalu risau mengenai duit kerana sepanjang dia keluar itu mengikut jalan Allah dan rezeki akan murah selain Allah akan permudahkan urusan.

Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi, macam tak ada suami.

duit isteri

Bukan itu sahaja, sepanjang tempoh suaminya mengikuti tabligh, suaminya langsung tidak meninggalkan duit nafkah untuk si isteri dan anak, malah memberi alasan itu merupakan pengorbanan isteri-isteri nabi dahulu.

Aku la kena kumpul duit nak bayar kereta, bayar sewa kedai, ambil barang gadai, beli susu dan pampers anak. Stres kadang-kadang, hari-hari aku menangis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

uai
2 years ago

(VIDEO) "Suami Tak Ada Hak Atas Duit Kerja Isteri" - Ustaz Azhar Idrus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...