Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, beberapa hantaran video oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Qissy telah berkongsi keadaan kecoh yang berlaku di dalam sebuah bas ekspres.
Menerusi video tersebut, gadis yang juga merupakan salah seorang penumpang bas tersebut telah berjaya merakam situasi itu selepas berasa tidak senang hati mendengar seorang ibu yang selamba menyumpah seranah anaknya.
Malah, dia turut mendakwa terdengar wanita itu memukul anak dan mengeluh anaknya itu menyusahkannya apabila mengadu mahu membuang air besar.
Suara makcik tu je bising sepanjang jalan. Tak habis-habis sumpah serana anak dia.
Susulan itu, mujur seorang lagi penumpang bas telah bertindak lantang dengan menegur wanita tersebut dan mahu melaporkan kejadian kepada polis jika dia terus memukul anak.
Lepas pakcik polis ni tegur terus cakap baik-baik dengan anak dia ye siap guna “sayang”.
@amethystnb_ seriau ye 8 jama tak aman. we got 2 hours more to sampai temerloh ?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita itu dan berharap agar dia terus sabar melayan kerenah anak-anak.
Macam mana dia boleh buat macam tu depan orang ramai doh… – Netizen.
“Kadang akak ni jadi macam ni sebab tak ada moral support dari suami, semua dia urus, dia burn out tu,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.