Baru-baru ini, heboh di media sosial tentang seorang wanita bernama Mariam Hadid yang menjadi perhatian setelah content yang dimuat naik di TikTok miliknya berlandaskan penghinaan terhadap agama Islam.
Susulan perkara itu, rata-rata netizen Malaysia yang terkesan mengambil inisiatif untuk melumpuhkan akaun milik wanita berkenaan kerana penghinaan yang dilakukan.
Enggan berdiam diri, Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice turut mengecam tindakan wanita tersebut yang memberi imej buruk terhadap Islam.
Tambahnya lagi, dia turut berasa tidak puas hati apabila tiada tindakan yang dikenakan oleh laman media sosial walaupun kandungan yang dimuat naik secara terang-terangan menyebarkan kebencian terhadap Islam.
Dalam pada itu, Caprice juga meluahkan perasaannya berkenaan postingan yang berkaitan dengan Palestin atau nasib orang di Gaza yang sering kali dilabel sebagai ‘hate speech’ dan diturunkan oleh Instagram walaupun untuk tujuan memberi kesedaran.
Kalau saya post video pasal Gaza atau Palestine, tak sampai 24 jam akan kena hate speech atau harassment dan suruh bakal diturunkan…”
Caprice sempat meminta agar pengikut-pengikutnya meneruskan kegiatan melaporkan akaun berikut agar content wanita itu terus hilang di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.