“Mohon Report!” – Pakai ‘Costume’ Atas Sejadah & Persenda Solat, Tular Wanita Mengaku ‘Nabi Perempuan Pertama’ Di TikTok

Kehidupan

“Mohon Report!” – Pakai ‘Costume’ Atas Sejadah & Persenda Solat, Tular Wanita Mengaku ‘Nabi Perempuan Pertama’ Di TikTok

Viral di aplikasi TikTok, mengenai seorang pengguna wanita yang bertindak memuat naik content-content video menghina agama Islam telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menerusi video-video yang dimuat naik, hampir semuanya memaparkan wanita itu bertudung namun berpakaian kurang sopan seperti ‘dress‘ pendek atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk ‘aset’.

Advertisement

Apa yang lebih mengejutkan, dia turut menggelarkan dirinya sebagai ‘nabi wanita pertama’ dan turut dilihat memakai kostum sambil memegang Al-Quran di atas sejadah.

tiktok

Enggan berdiam diri, rata-rata netizen Malaysia turut terkesan dengan penghinaan yang dilakukan wanita Arab itu sehingga wujud gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pengguna telah menggesa orang ramai agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.

fb

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap wanita itu yang langsung tidak menghormati agama Islam, malah ada juga yang memaklumkan bahawa akaun milik wanita itu pernah disekat namun dia telah membuat akaun baru semula.

Dah report lepas tu dia buat account lain pula. Tak jemu report. – netizen.

Dia Islam ke?? Nauzubillahhiminzaliq.. macam-macam lah manusia sekarang ni..” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

golongan t20 tak suka b40 makan tiram mentah
4 bulan lalu

"Tinggal Pun Dekat PPR, Kualiti Mesti 'Low Class" - Makan 'Oyster' Mentah Jadi Trend, Individu T20 Minta B40 Jangan Berangan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 27, 2022 at 4:59 pm

    tak payah bawa keluar sgt la cerita mcm ni.. menyesatkan org ramai.

  2. peaaahh

    July 27, 2022 at 3:35 pm

    masalahnya makin ramai follower kat tiktok. ramai sgt ni penyokongnyerr

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...