Walaupun perbuatan membuang angin boleh menandakan badan seseorang itu sihat dan memiliki sistem pencernaan yang lancar.
Namun, perbuatan kentut juga perlu mengikut adab kerana Islam melarang kita untuk melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri sendiri.
Begitulah yang tular baru-baru ini di laman Facebook apabila seorang gadis selamba merakamkan perbuatan kentut untuk dijadikan kontent di media sosial.
Menerusi video tersebut, gadis itu memaklumkan bahawa dia tidak merasa untuk membuang air besar namun merasa ingin membuang angin.
Dah tak berak tapi ada rasa nak kentut lagi, sabar..
Tanpa segan silu, gadis itu kemudiannya menghalakan kamera ke arah punggungnya untuk merakamkan bunyi kentut.
Kan aku dah cakap, aku dah kata dah aku nak kentut tapi dia tak nak berak..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah mengecam tindakan gadis itu yang sanggup memalukan diri sendiri demi kontent.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang berasa kasihan terhadap bakal suami gadis itu kerana perlu membayar hantaran yang tinggi walaupun mempunyai kelakuan yang buruk.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.