“Whatsapp, DM Kena Palau” – Lelaki Hantar Gambar Bomoh Siam, Peminjam Terus Takut Dan ‘Transfer’ Hutang

Kehidupan

“Whatsapp, DM Kena Palau” – Lelaki Hantar Gambar Bomoh Siam, Peminjam Terus Takut Dan ‘Transfer’ Hutang

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi bagaimana dia berjaya membuat individu yang berhutang dengannya untuk membayar semula.

Hantaran tersebut mendapat perhatian warganet dan ada yang berseloroh mahu menggunakan cara yang sama untuk meminta hutang mereka.

Advertisement

Berdasarkan tangkap layar perbualannya dengan individu itu, dia telah menghantar gambar yang diambil daripada Google mempamerkan seorang bomoh sedang melakukan ritual.

hutang

Dia juga turut berkata si peminjam tidak membayar hutang tetapi setiap hari boleh pula show off makan sedap malah siap modify kereta.

Katanya dia telah ‘bagi muka’ selama 2 tahun dan individu tersebut baru membayar semula RM150 daripada RM9000 yang dipinjamnya.

Selepas melihat gambar bomoh itu, si peminjam menjadi takut dan terus meminta agar dia memberikan nombor akaun untuk membayar hutangnya.

Aku dapat bayar 4K dulu baki tahun depan boleh ke?”

hutang hutang

Ramai pengguna Twitter memberi respon tentang cara yang digunakan individu ini dan ada yang mengkritik si peminjam kerana tidak tahu malu hidup tanpa membayar hutang.

Dalam pada itu, segelintir warganet menceritakan pengalaman mencuba bermacam-macam tips tetapi si peminjam langsung tidak peduli untuk membayar hutang mereka.

Orang yang pinjam duit ni memang kebanyakannya ada perangai yang sama – liat betul nak bayar balik hutang as promised!

fouziah
10 months ago

"Jangan Ambil Kesempatan Dengan Orang Yang Tak Reveal Siapa You" - Artis Lelaki Hutang Ratusan Ribu Dengan Fouziah Gous

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...