Kita telah berada di minggu kedua dalam bulan Ramadan, dan nama Cef Ammar masih lagi menjadi bualan. Sebelum ini, pelbagai kisah viral yang melibatkan perniagaan nasi arab lamb shanknya di bazar Shah Alam.
Kali ini bangkit lagi isu berkenaan perniagaan Cef Ammar di mana salah satu cawangan bazarnya di USJ 4, Subang Jaya terpaksa ditutup.
Menerusi TikTok Live cef terkenal yang dikongsikan oleh pengguna dikenali sebagai @ejie, cawangan peniagaan di USJ 4 terpaksa ditutup apabila anaknya yang bersemangat untuk berniaga sebelum ini berubah menjadi lemah dan malas.
Cef Ammar juga menjelaskan bahawa dia telah berjumpa dengan ustaz berkenaan masalahnya dan dimaklumkan bahawa cawangan bazarnya itu telah disihir. Oleh kerana itu, kedai di USJ 4 itu perlu ditutup supaya perkara tidak menjadi lebih teruk.
Beralih ke ruangan komen, netizen menyatakan rasa kecewa dengan sesetengah tindakan manusia yang sanggup menyekat rezeki orang lain dengan menggunakan sihir.