(VIDEO) Bengang Sering Dipotong ‘Queue’, Lelaki Mengamuk Tak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Trending

(VIDEO) Bengang Sering Dipotong ‘Queue’, Lelaki Mengamuk Tak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Jika sebelum ini kecoh tentang isu nasi arab ‘lamb shank’ Chef Ammar yang dianggap terlampau mahal dan juga isu tentang pelanggan yang datang lambat tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli Nasi Arab.

Kali ini sekali lagi kedai nasi arab ‘lamb shank’ Chef Ammar menjadi tular kerana seorang lelaki mengamuk apabila gilirannya untuk membeli nasi arab dipotong oleh pelanggan lain.

Advertisement

Dalam perkongsian video TikTok yang dimuat naik oleh @hang_jamal, video menunjukkan seorang lelaki berbaju biru berang dan melepaskan marah kepada seseorang individu kerana memotong ‘queue’ semasa hendak membeli nasi arab yang sedang ‘viral’ itu.

Ramai warganet yang memahami perasaan lelaki tersebut kerana rata-rata tahu ramai yang beratur selama berjam-jam untuk membeli nasi ‘viral’ itu. Ada juga yang mencadangkan supaya Chef Ammar supaya mewujudkan sistem nombor untuk pelanggan agar kejadian seperti ini tidak berulang.

Selain itu, sesetengah netizen juga menyatakan tidak sanggup untuk beratur panjang semata-mata untuk nasi arab.

2 years ago

(VIDEO) "First Come First Serve La..."- Pelanggan Tak Puas Hati Kerana Tidak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...