(VIDEO) “First Come First Serve La…”- Pelanggan Tak Puas Hati Kerana Tidak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Trending

(VIDEO) “First Come First Serve La…”- Pelanggan Tak Puas Hati Kerana Tidak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Baru-baru ini viral tentang Nasi Arab Lamb Shank yang dijual oleh Chef Ammar di mana dia dikatakan menjual makanan itu dengan harga yang sangat mahal.

Pada pendapat sesetengah rakyat Malaysia, RM50 untuk nasi arab adalah sangat mahal dan tidak berpatutan dan ada juga yang bersetuju dengan harga tersebut kerana bahan-bahan yang digunakan untuk penyediaan makanan itu adalah tidak murah.

Advertisement

Kali ini, viral sekali lagi Chef Ammar di TikTok apabila seorang pelanggan tidak berpuas hati kerana tidak dapat membeli Nasi Arab lamb shank yang dijual di bazar Stadium Shah Alam.

Video TikTok  berdurasi 21 saat menunjukkan pelanggan itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan memberitahu Chef Ammar bahawa dia perlu mengehadkan pembelian kepada 10 pax seorang dan memberi peluang kepada orang lain untuk membeli.

“Rasanya Chef Ammar lebih berhak buat decision dia sendiri” ujar seorang pengguna TikTok di ruangan komen tentang isu itu.

Rata-rata netizen juga memberikan pendapat supaya datang lebih awal agar tidak ketinggalan membeli makanan yang sedang laku itu dan tidak perlu mencetuskan isu hanya kerana sebungkus Nasi Arab.

So lain kali kalau nak beli Nasi Arab tu datanglah awal ye guys…

Cef Ammar terkilan dituduh jual makanan harga mahal
2 years ago

"Jangan Ajar Saya" - Terkilan Dikecam Harga Makanan Terlalu Mahal, Cef Ammar Jelas Hal Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...