(VIDEO) “Jangan Ambil Hak Orang, Haram Tetap Haram” – Individu Dakwa BubbleBee Masih Belum Jelaskan Hutang KWSP Dari Tahun 2022 Hingga 2023

Hiburan

(VIDEO) “Jangan Ambil Hak Orang, Haram Tetap Haram” – Individu Dakwa BubbleBee Masih Belum Jelaskan Hutang KWSP Dari Tahun 2022 Hingga 2023

Nama pelawak dan penyampai radio Shuib kembali meraih perhatian warga maya setelah seorang individu ada memuat naik satu hantaran di TikTok mendakwa perniagaan air minuman Bubblebee miliknya masih lagi tidak membayar hutang KWSP pekerja yang tertunggak.

Isu KWSP masih belum selesai?

Ujar individu yang ingin dikenali sebagai @penuntutkeadilan itu, hutang KWSP dari tahun 2022 sehingga 2023.

Advertisement

Hutang wajib dibayar. Hutang KWSP dari tahun 2022 sehingga 2023 belum lagi dilangsaikan. Dekat dunia ni bolehlah terlepas tapi bukan dekat akhirat nanti.

Individu itu juga ada memetik ayat Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah yang menyentuh isu bahaya berhutang.

Shuib bubblebeeSumber : TikTok  

Bahaya hutang, perlu ingat bahawa ayat yang paling panjang dalam Al-Quran adalah mengenai hutang. Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang-orang yang berkenaan mendapat hidayah Allah S.W.T.

Kakitangan Bubblebee buka cerita

Menjengah ke ruangan komen, ramai ‘bekas pekerja’ dan juga pekerja syarikat tersebut tampil mendedahkan bahawa mereka kini sedang mengalami masalah yang sama.

Saya ex staff bubblebee, lebih banyak merana dari bahagia, terlalu banyak hak hak staff dizalimi.

Saya sedang mengalami sekarang, KWSP tak dibayar dari bulan 11/2022 sehingga kini.

Sebelum ini, Shuib mengakui isu kelewatan pembayaran wang KWSP para pekerja syarikat minuman itu ada terjadi dan memaklumkan bahawa dia sudah menyelesaikannya dengan cara membayar secara ansuran.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahirah macwilson aiman
11 months ago

"Hero Issac Dan 'Soulmate' Mommy.." - Ucapan Hari Lahir Zahirah MacWilson Buat Aiman Hakim Redza Jadi Tumpuan Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...