“Hero Issac Dan ‘Soulmate’ Mommy..” – Ucapan Hari Lahir Zahirah MacWilson Buat Aiman Hakim Redza Jadi Tumpuan Peminat

Hiburan

“Hero Issac Dan ‘Soulmate’ Mommy..” – Ucapan Hari Lahir Zahirah MacWilson Buat Aiman Hakim Redza Jadi Tumpuan Peminat

Semalam, pelakon dan model Zahirah MacWilson ada memberikan ucapan istimewa buat suami tersayang, Aiman Hakim Ridza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Selamat hari lahir sayangku..

Zahirah menerusi Instagram ada berkongsi ucapan romantis itu selain meluahkan rasa sayang dan bangga terhadap bapa kepada anaknya itu.

Advertisement

Selamat hari lahir hero Isaac dan sehati sejiwa mummy. Hari ini kita raikan kamu kekasihku.

Saya bangga dengan anda dan segala yang anda berjaya capai. Kebijaksanaan, kasih sayang dan kesabaran anda tidak pernah gagal buat saya terpukau.

Aktres itu juga mendoakan agar Aiman dilimpahkan dengan segala kebaikan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

Peminat turut doakan yang terbaik

Menjengah ke ruangan komen, peminat turut meninggalkan komen ucapan hari lahir buat Aiman dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki serta kekal bahagia bersama keluarga dan anak-anak hingga ke syurga.

Sekadar info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangg apada 20 Februari 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata pada tahun ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fathia zahirah
3 months ago

"Saya Tak Cakap Zahirah Hodoh, Ada Je Bibik Yang Cantik" - Fathia Latiff

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...