Setiap tahun, apabila tiba musim perayaan tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha pasti kita akan nampak di media sosial video dan gambar menunjukkan kereta terlalu banyak menghala ke pantai Timur.
Tetapi, sehingga ke tahun ini masih tiada perubahan atau tindakan dilakukan menteri yang bertanggungjawab dalam menangani masalah yang berlarutan ini.
Pengguna jalan raya bersesak sehingga berjam-jam malah ada yang sehingga 24 jam untuk sampai ke destinasi yang mereka tuju ketika hari raya.
Tular rakaman video mempamerkan kesesakan lalu lintas dipercayai di sebatang jalan dilalui pemandu yang mahu ke arah negeri cik siti wan kembang.
Namun, apa yang membimbangkan adalah menerusi video itu ramai pemandu bertindak melawan arus dipercayai kerana kecewa dan berputus asa selepas terlalu lama menghadap jalan sesak.
Sebelum kita tembak, pernah ke kau jem selama 8-10 jam?
Aku respect semangat dia orang untuk balik jugak.
Dan sapa babitkan politik, kau mmg level murahan. pic.twitter.com/W6nTSqBjY8
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) June 30, 2023
Pemilik akaun Twitter itu berkata dia kagum dengan semangat ramai orang yang pulang menaiki kenderaan setiap tahun meskipun perlu melalui kesesakan berjam-jam.
Bukan hanya kereta, sebuah bas juga dilihat turut melawan arus kerana barisan kenderaan yang terlalu panjang dan lorong pula cuma ada satu sahaja.
Bagaimanapun, ramai warganet tidak bersetuju dengannya dan berkata dia kagum ‘tidak kena tempat’ memandangkan ramai pengguna jalan raya di dalam video tersebut bertindak membahayakan nyawa orang lain.
Dalam pada itu, ramai yang turut membicarakan tentang kegagalan kerajaan negeri selama bertahun-tahun lamanya menyediakan insfrastruktur yang baik untuk rakyat.
Punca jam tu pun sebab urus tadbir yang lemah. Salah parti yang dorang undilah apa lagi.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.