“Setahun Sekali Je Sesak” – MB Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Berita

“Setahun Sekali Je Sesak” –  MB Kelantan Dakwa Tiada Guna Besarkan Jalan Untuk Kemudahan Rakyat Ketika Perayaan

Sebuah video menjadi perdebatan netizen apabila Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ada membuat kenyataan mengenai permintaan rakyat memperbesarkan jalan di negeri itu.

Dalam video itu, Mohd Amar ada mengulas mengenai kesesakan lalu lintas di negeri Pantai Timur apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Advertisement

Katanya, tiada guna kerajaan memperbesarkan jalan kerana perkara itu (rakyat balik beraya dan menyebabkan kesesakan lalu lintas) hanyalah dihadapi setahun sekali sahaja.

…kalau kita besarkan jalan pun, kita guna setahun sekali je..bagi saya kita kena hadapi lah..

Berikutan kenyataan dikeluarkan Mohd Amar itu, ramai netizen meluahkan rasa kesal dengan respon daripada seorang yang bergelar pemimpin itu.

TwitterSumber : Twitter  

Kata netizen, susah untuk negeri itu untuk maju ke hadapan jika tanggungjawab mudah seperti memperbesarkan jalan untuk kesenangan rakyat sendiri hanya dipandang enteng oleh pemerintah mereka sendiri.

Luah warga maya lagi, pemimpin haruslah mendengar suara dan aduan rakyat demi menambah baik apa yang kurang di negeri diduduki, dan bukannya bersikap sambil lewa dan acuh tak acuh dengan masalah tersebut.

tmj kasut onn hafiz 40k
2 years ago

"Benda Ni Pun Jadi Isu?" - TMJ Respon Isu Kasut Mahal MB Johor, Suruh Pakai Selipar Saja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...