(VIDEO) “Jaga-Jaga Allah Perhati Je Tu” – Kak KM & Ifa Raziah Bergelek Sakan Di Majlis Akikah

Hiburan

(VIDEO) “Jaga-Jaga Allah Perhati Je Tu” – Kak KM & Ifa Raziah Bergelek Sakan Di Majlis Akikah

Beberapa video di TikTok tular dan meraih perhatian ramai netizen selepas usahawan kontroversi, Kak KM dan Ifa Raziah dilihat bergelek sakan.

Apa yang mengundang kritikan adalah kerana kedua-dua mereka berbuat sedemikian ketika majlis akikah anak Addy Kanna, individu yang pernah dikaitkan dengan ‘Macau Scam’.

Advertisement

Berdasarkan rakaman yang tular itu, Ifa Raziah dilihat bernyanyi sambil Kak KM dan ramai tetamu yang lain berjoget dan bergelek di situ.

Bertemakan serba putih, isteri Addy Kana juga dilihat menggayakan busana pengantin sambil berjalan memegang jambangan bunga.

Anak pasangan itu ditolak masuk di dalam stroller bayi sebelum acara cukur jambul itu dimulakan. Namun sesudah selesai ia seperti berubah menjadi acara tarian pula apabila ramai berkumpul di tengah dan menari sakan.

Rata-rata netizen di TikTok mengecam tindakan Ifa Raziah dan Kak KM serta menyifatkan mereka tidak menghormati majlis suci seperti itu. Ada yang turut mendoakan agar mereka ini diberikan hidayah suatu hari nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Liana Rosli menang saman
4 bulan lalu

(VIDEO)"Dia Punya Goyangg”- Rai Kemenangan Kes Saman Fitnah, Aksi Kak KM Mengundang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

9 Comments

  1. gorilamerahjambu

    August 18, 2022 at 6:45 pm

    moga Allah bagi pengajaran..biar kawan2 nya yg lain sedar dgn cara itu..selagi diorg tak nampak pengajaran tu, selagi tu tetap perangai serupa kafir gini

  2. tecit

    August 12, 2022 at 10:28 am

    alamakk, alamat dah biase pegi kelab. terbawak plak ye tebiat g kelab dekat majlis akikah. eh terngumpat plakk. ampunnnn ‘>_<. berat betol ujian ngumpat org ni adoiii haha

  3. Anonymous

    August 12, 2022 at 7:50 am

    Takut tgh syok bergelek tiber malaikat maut datang cabot nyawa…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...