(VIDEO) “Jaga-Jaga Allah Perhati Je Tu” – Kak KM & Ifa Raziah Bergelek Sakan Di Majlis Akikah

Hiburan

(VIDEO) “Jaga-Jaga Allah Perhati Je Tu” – Kak KM & Ifa Raziah Bergelek Sakan Di Majlis Akikah

Beberapa video di TikTok tular dan meraih perhatian ramai netizen selepas usahawan kontroversi, Kak KM dan Ifa Raziah dilihat bergelek sakan.

Apa yang mengundang kritikan adalah kerana kedua-dua mereka berbuat sedemikian ketika majlis akikah anak Addy Kanna, individu yang pernah dikaitkan dengan ‘Macau Scam’.

Advertisement

Berdasarkan rakaman yang tular itu, Ifa Raziah dilihat bernyanyi sambil Kak KM dan ramai tetamu yang lain berjoget dan bergelek di situ.

Bertemakan serba putih, isteri Addy Kana juga dilihat menggayakan busana pengantin sambil berjalan memegang jambangan bunga.

Anak pasangan itu ditolak masuk di dalam stroller bayi sebelum acara cukur jambul itu dimulakan. Namun sesudah selesai ia seperti berubah menjadi acara tarian pula apabila ramai berkumpul di tengah dan menari sakan.

Rata-rata netizen di TikTok mengecam tindakan Ifa Raziah dan Kak KM serta menyifatkan mereka tidak menghormati majlis suci seperti itu. Ada yang turut mendoakan agar mereka ini diberikan hidayah suatu hari nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Liana Rosli menang saman
2 years ago

(VIDEO)"Dia Punya Goyangg”- Rai Kemenangan Kes Saman Fitnah, Aksi Kak KM Mengundang Kritikan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...