(VIDEO) Isi Minyak Pakai RFID TnG eWallet, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Tak Sabar Nak Cuba!

Kehidupan

(VIDEO) Isi Minyak Pakai RFID TnG eWallet, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Tak Sabar Nak Cuba!

Perkongsian seorang lelaki di laman TikTok ini menjadi tumpuan netizen apabila dia ada berkongsikan pengalamannya menggunakan RFID untuk membayar petrol di sebuah stesen minyak.

Dalam video tersebut, kelihatan satu sensor berada di pam minyak yang terpilih di mana ia akan mengesan pelekat RFID yang ditampal di kenderaan pengguna.

Advertisement

Di sebelah sensor tersebut, terdapat skrin menunjukkan ‘bulatan hijau’ yang akan bertukar menjadi imej nozel pam minyak sebagai isyarat pengguna sudah boleh mula mengisi minyak.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai @iivanstephanos itu lagi, kaedah pembayaran RFID itu berada di hanya lima stesen minyak untuk setakat ini iaitu di Shell Mint Hotel, Taman Connaught, Taman Tun Dr Ismail, NKVE Damansara dan Bandar Sri Manjalara.

Bagi pengumpul mata kad Bonuslink pula, jangan risau kerana kad anda boleh dipautkan pada aplikasi TnG eWallet dengan hanya meletakkan nombor kad 16 digit semasa mahu menambah nilai untuk mengisi minyak.

TikTOkSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba kaedah pembayaran petrol itu serta berharap agar stesen minyak yang lain turut menggunapakai aplikasi yang sama.

Pastikan anda mengaktifkan RFID menerusi aplikasi TnG eWallet terlebih dahulu dan mempunyai baki yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang kesesakan.

Pasangan sekufu
2 years ago

"Kesian Jadi Lelaki Miskin.." - Dicop 'Biawak Hidup' Kalau Cari Pasangan 'T20', Wanita Cari Lelaki Kaya Dianggap Normal Pula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...