“Kesian Jadi Lelaki Miskin..” – Dicop ‘Biawak Hidup’ Kalau Cari Pasangan ‘T20’, Wanita Cari Lelaki Kaya Dianggap Normal Pula?

Kehidupan

“Kesian Jadi Lelaki Miskin..” – Dicop ‘Biawak Hidup’ Kalau Cari Pasangan ‘T20’, Wanita Cari Lelaki Kaya Dianggap Normal Pula?

Satu persoalan yang dikemukakan seorang pengguna media sosial Twitter baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan netizen apabila ia melibatkan ‘perang jantina’ dan juga status kewangan seseorang individu.

Pertanyaan individu itu yang berbunyi “kebanyakan orang mencari yang ‘financially stable’, tapi apa yang dimaksudkan dengan kestabilan ekonomi itu?”

Advertisement

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa seseorang itu mencari pasangan yang bekerja tetap dan mempunyai aset seperti rumah dan kenderaan seperti kereta misalnya.

Namun, pertanyaan itu mula menjadi perdebatan apabila sesetengah netizen menganggap bahawa mereka yang mempunyai gaji tertentu misalnya RM1,200 sebulan agar mencari pasangan yang sama tahap gaji mereka dan tidak sesekali mencuba untuk ‘mengorat anak orang berada’.

Komen TwitterSumber : Twitter  

 

Ada juga yang meminta kaum lelaki untuk ‘sedar diri’ kerana tanggungjawab mereka untuk menyara isteri dan keluarga dan hanya mencari pasangan yang sekufu dan bukanlah anak orang berada.

Namun, bagi kaum wanita pula perlu mencari pasangan yang lebih bergaji tinggi dengan alasan masa depan lebih terjamin setelah berkahwin kelak.

 

TwitterSumber : Twitter  

 

Tapi apa yang penting pasangan yang baik mengikut pesanan Rasulullah S.A.W adalah mereka yang mencari pasangan hidup mestilah melihat pada individu yang mengutamakan agama selain harta, keturunan dan juga keelokan paras rupa seseorang itu.

Kit ujian
2 years ago

"Beli Kit Ujian COVID Dah Beratus Sebulan.." - Rakyat Merungut Kos Hidup Semakin Meningkat, Gesa Jual Lebih Murah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...