(VIDEO) “Ini Pentingnya Pasang Dashcam”- Elak Jadi Mangsa, Wanita ‘Berlakon’ Seperti Kena Langgar Di Changkat

Kehidupan

(VIDEO) “Ini Pentingnya Pasang Dashcam”- Elak Jadi Mangsa, Wanita ‘Berlakon’ Seperti Kena Langgar Di Changkat

Kala ini, penggunaan dashcam di kenderaan seolah menjadi satu kemestian pemilik kenderaan kerana ia dapat membantu pengguna jika terlibat dalam kemalangan terutamanya dari segi pengumpulan bukti dan sebagainya.

Sebagai contoh, kecoh di media sosial Facebook apabila seorang wanita yang sedang melintas jalan dilihat ‘berpura-pura’ terjatuh akibat dilanggar kenderaan dengan tujuan menipu.

Advertisement

Dalam video yang dirakam menggunakan dashcam itu, kelihatan seorang wanita berbaju kuning yang berkelakuan pelik dan tiba-tiba sahaja berlakon seperti terjatuh meskipun kereta masih lagi jauh dari individu itu.

Wanita itu kemudian bangun dan menuju ke kereta sebelum menendang kenderaan yang dipandu mangsa itu sebelum berlalu pergi.

DashcamSumber : Google  

Menurut netizen di ruangan komen, ramai yang pernah terserempak dengan wanita itu di sekitar Jalan Changkat.

Ada juga yang berpendapat bahawa wanita ini mengalami masalah mental dan sering saja mabuk.

Sehubungan dengan itu, warga maya menasihatkan mereka yang mempunyai kenderaan agar mempertimbangkan untuk memasang dashcam di kereta masing-masing kerana ramai yang menjalankan sindiket penipuan seperti insiden tersebut.

RFID Petrol Pump
2 years ago

(VIDEO) Isi Minyak Pakai RFID TnG eWallet, Perkongsian Lelaki Ini Buat Netizen Tak Sabar Nak Cuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...