(VIDEO) “Ini Kereta Aku, Kau Keluar Sekarang!!!” – Minta Izin Dulu, Isteri Terjah Suami Kantoi Pergi ‘Hiking’ Dengan Skandal

Kehidupan

(VIDEO) “Ini Kereta Aku, Kau Keluar Sekarang!!!” – Minta Izin Dulu, Isteri Terjah Suami Kantoi Pergi ‘Hiking’ Dengan Skandal

Tular di Instagram hantaran seorang wanita yang mendedahkan taktik digunakan suaminya namun ia diketahui olehnya baru-baru ini.

Difahamkan, suami wanita bernama Snalia Novita itu telah meminta izinnya untuk pergi aktiviti mendaki gunung dengan alasan mahu menenangkan fikiran.

Advertisement

 

Tak halang suami, siap teman beli outfit hiking

Sanlia yang memahami suaminya itu langsung tidak menghalang malah turut menemani suaminya, Alex untuk membeli barang persiapan untuk aktiviti hiking tersebut.

Bagaimanapun, Alex akhirnya kantoi dengan Sanlia sebenarnya dia melakukan aktiviti tersebut bersama perempuan simpanannya, Yolanda.

curang

 

Macam mana boleh kantoi?

Ketika meminta izin, Alex memaklumkan kepada Sanlia aktiviti tersebut diadakan selama lima hari berturut-turut.

Menurut Sanlia, dia tahu tentang penipuan itu secara tidak sengaja menerusi saudaranya yang mempunyai nombor telefon pelancong diupah oleh suaminya. Ternyata, Yolanda itu menggunakan servis individu yang sama.

curang

Susulan itu, malam sebelum Alex dan Yolanda turut dari gunung, Sanlia nekad untuk menunggu mereka bermula jam 11 sehingga esok pagi untuk bersemuka.

 

Tak malu naik kereta orang

Pada jam 10 pagi, Alex dan Yolanda tiba bersama menaiki kereta milik Sanlia menyebabkan berlaku pergaduhan di antara suami isteri tersebut.

Yolanda pula hanya terdiam dan kaku dari dalam kereta melihat pertengkaran itu di mana Sanlia berkali-kali bertanya kepada Alex jika dia memilih perempuan simpanannya.

Menerusi video yang tular, Sanlia dilihat menyuruh Yolanda keluar dari kereta miliknya itu.

Tak payah nak tutup. Ini kereta aku. Kau keluar sekarang, ni kereta aku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INFO PADEK (@info.padek)

Alex dan Yolanda dipercayai pernah kantoi sebelum ini namun Sanlia memberikan peluang kedua tetapi suaminya ternyata tidak serik untuk terus menghubungi kekasihnya itu.

Yolanda pula menuding jari kepada Alex mengatakan lelaki itu tidak berhenti-henti mengejar dan mahukan dirinya. Bagaimanapun, Sanlia menyifatkan kedua-dua mereka bersalah kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

penyondol
12 months ago

"1st Wife Sepak I, I Ignore All That & Sabar.." - Kahwin Di Sebarang, Penyondol Kongsi Kisah Lembutkan Hati Isteri Pertama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...