“1st Wife Sepak I, I Ignore All That & Sabar..” – Kahwin Di Sebarang, Penyondol Kongsi Kisah Lembutkan Hati Isteri Pertama

Kehidupan

“1st Wife Sepak I, I Ignore All That & Sabar..” – Kahwin Di Sebarang, Penyondol Kongsi Kisah Lembutkan Hati Isteri Pertama

Boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini, ‘penyondol’ semakin hari semakin berani membuat pengakuan ataupun membela diri biarpun sudah merampas suami wanita lain.

Penyondol tak malu nak kahwin dengan suami orang

Di platform X, seorang wanita tanpa segan silu mendedahkan bahawa dirinya bercinta dengan suami orang dan kisah cinta mereka mula berputik kerana merupakan rakan sepejabat.

Advertisement

Individu itu juga memberitahu dia memang mahu berkahwin dengan lelaki terbabit dan sudah berjumpa dengan isterinya untuk meminta izin tetapi tidak dipersetujui.

1st wife tak bagi siap jumpa I dan sepak I. But I ignore all that. I sabar sebab nakkan restu dia.

Kerana tetap mahu bersama dengan lelaki terbabit, penyondol ini membuat keputusan untuk berkahwin di sebarang dan mengandung apabila sudah balik ke Malaysia semula.

Isteri pertama call nak bercakap dengan penyondol

Kata wanita itu, dia sememangnya takut nak bercakap dengan isteri pertama bimbang emosi terganggu kerana sedang hamil, bahkan suami juga minta untuk end call jika isteri pertama memaki-hamun.

Tetapi alangkah terkejutnya wanita itu apabila isteri pertama ajak mereka berbaik dan ia sememangnya membuatkan wanita terbabit itu terharu.

Sekarang jadi kawan baik

Bermula dari kisah itu, mereka berdua menjadi kawan baik dan anak-anak mereka juga selesa dengan mana-mana ibu.

Tidak menafikan dirinya salah tetapi wanita tersebut menasihati orang lain agar jangan berhenti berdoa untuk perbaiki situasi yang sudah keruh.

anak lari dari rumah
4 months ago

Pernah Terpalit Kontroversi Jadi 'Penyondol', Anak Pelakon Dan Penyanyi Terkenal Didakwa Tak Pulang Ke Rumah?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...