Pernah Terpalit Kontroversi Jadi ‘Penyondol’, Anak Pelakon Dan Penyanyi Terkenal Didakwa Tak Pulang Ke Rumah?

Hiburan

Pernah Terpalit Kontroversi Jadi ‘Penyondol’, Anak Pelakon Dan Penyanyi Terkenal Didakwa Tak Pulang Ke Rumah?

‘Sis Nara ada dengar satu berita mengenai kisah seorang anak kepada pelakon dan penyanyi berkumpulan popular dikatakan tak pulang ke rumah dari satu sumber ni.

Kata sumber itu, pelakon itu yang juga seorang usahawan  ada pernah memuat naik satu foto gadis dan bertanyakan pengikut media sosialnya sama ada mengenali individu tersebut kerana ingin ‘menghubunginya’. Kira macam tanya siapa sebab tengah mencari la begitu..

Advertisement

Tak pasti pula Sis Nara sebab selepas beberapa lama, pelakon itu telah memadam hantaran tersebut.

Namun apa yang pelik, netizen ada meninggalkan komen berbaur curiga dan mengatakan gadis yang dicari penyanyi itu adalah sahabat kepada anaknya.

anak lari dari rumahSumber : Google  

Lalu, netizen meminta agar dia bertanya terus kepada anaknya itu. Tetapi selepas itu, ada individu mendakwa sebenarnya anak penyanyi itu sudah lama tidak pulang ke rumah.

Lebih menguatkan dakwaan, keluarga besar penyanyi itu ada menganjurkan majlis menyambut tahun baharu namun tiada kelibat anak perempuan pelakon dan penyanyi itu.

Sebelum ini, anak perempuan penyanyi itu pernah terpalit kontroversi tidak menyenangkan kerana didakwa menjadi sebab rumah tangga satu pasangan ini bercerai berai.

Hari lahir bapanya yang juga seorang pelakon itu tidak kelihatan keberadaan anak perempuan mereka yang cantik itu.

Apakah yang sedang berlaku? Jeng..jeng..jeng..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Instagram
4 months ago

"Daddy Tiada Ilham" - Ally Iskandar Kongsi Momen Bermain Dengan Anak, Netizen Cuit Konon Ucap Tahniah Buat Bekas Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...