Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Maria Asren yang meluahkan rasa kecewa apabila keretanya telah dilanggar anggota polis ketika mengiringi orang kenamaan atau VIP.
Menerusi video tersebut, wanita itu mendakwa polis yang memandu Proton X70 itu telah meminta orang ramai untuk memberi laluan di jalan yang sesak di hadapan Pavilion.
Namun difahamkan anggota polis tersebut dikatakan ‘tidak sabar’ sehingga melanggar kenderaan orang awam.
Ini bukti rakaman, saya tak ada dashcam belakang, saya ada depan sahaja, sekurang-kurangnya ini bukti.
Menurut laporan Kosmo, polis mengesahkan pemandu kenderaan yang terlibat telah tampil membuat laporan polis dan satu siasatan sedang dijalankan.
@mariaasren Reply to @zha.n88 ini bukti rakaman? #fy #fyp #fypage #masukberanda
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.