“Ini ‘Fake’, Dasar P*ndan!” – Kecewa Barang ‘Indah Khabar Dari Rupa’, Pembeli Dakwa Ditipu Usahawan Kosmetik

Kehidupan

“Ini ‘Fake’, Dasar P*ndan!” – Kecewa Barang ‘Indah Khabar Dari Rupa’, Pembeli Dakwa Ditipu Usahawan Kosmetik

Jika membeli barang secara atas talian, lalu tidak dapat seperti apa yang dibayangkan sudah pasti ianya amat mengecewakan seseorang sama seperti perkongsiaan seorang wanita baru-baru ini.

Melalui perkongsiaan yang dilakukan oleh seorang personal shopper di Facebookbeliau menceritakan salah seorang pelanggannya telah ditipu oleh usahawan kosmetik yang dikenali ramai apabila membeli sebuah beg berjenama iaitu Dior.

Advertisement

Difahamkan usahawan tersebut memuat naik foto beg Dior asli kerana ingin menjualnya, namun setelah selesainya urus niaga bersama pelanggan berkenaan, bertapa kecewanya beg yang didapati amat berbeza dari apa yang dipaparkan dalam gambar.

Bertambah kecewa dengan usahawan yang menjualnya kerana beg yang didapati adalah beg Dior tiruan dan bukannya preloved seperti yang diwar-warkan oleh si penjual.

Info terkini mengenai isu yang berlaku, pembeli beg terbabit telah membuat laporan kepada pihak polis dan di dalam laporan, dia meminta agar usahawan berkenaan memulangkan semula wangnya serta akan memulangkan semula beg itu kepada usahawan tersebut.

Advertisement

Usahawan yang ‘menipu’ terbabit masih belum mengeluarkan sebarang maklum balas mengenai isu yang terjadi dan mengambil jalan untuk mendiamkan diri lagi.

bapa jijik bagi anak 'menyusu'
1 bulan lalu

"Menjijikkan!" - Suami Bergurau 'Susukan' Anak Ditempat Umum Sebab Tersalah Baju Ditegur Ustazah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...