Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nornatasha Khairul Anuar yang menerima satu panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.
Menerusi video tersebut, dilihat dia telah mengendahkan panggilan itu kerana disangka hanya ingin sengaja diganggu oleh orang tidak dikenali.
Namun, dia tidak menyangka bahawa panggilan telefon pada pukul 5.55 pagi itu rupa-rupanya berita mengenai kematian adiknya.
Ada no yang tak kenal call subuh tadi, malas nak angkat sebab takut orang saja kacau. Buka WhatsApp terus dapat verita macam ni.
Menurut laporan Mstar, adiknya telah terlibat dalam kemalangan selepas terjatuh dari motosikal yang terlanggar tali pengikat barang digunakan pemandu lori di atas highway.
Bagaimanapun, adiknya tidak dapat diselatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 5 pagi di Hospital parit Buntar, Perak.
@tacaaanuar ?
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah atas pemergian adiknya dan menitip pesan kepada orang di luar sana betapa pentingnya untuk mengangkat panggilan telefon.
Saya tak suka dapat call malam-malam atau pagi-pagi buta mesti ada berita tak baik. – Netizen.
“Tu pentingnya angkat call, walaupun nombor tak kenal takut benda penting macam ni, sejenis family saya yang tak suka angkat call pun geram jugak,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.