(VIDEO) Ingat Nak Minta Sedekah, Pemuda Tunjuk Kad OKU Buat Kanak-Kanak Kelu

Kehidupan

(VIDEO) Ingat Nak Minta Sedekah, Pemuda Tunjuk Kad OKU Buat Kanak-Kanak Kelu

Selalunya orang kurang upaya atau lebih dikenali sebagai OKU dipandang rendah terhadap masyarakat kerana kekurangan yang dimiliki oleh individu ini menjadikan masyarakat bersikap prejudis terhadap mereka.

Seringkali individu OKU dianggap sebagai orang yang suka meminta-minta dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Walau bagaimanapun, perkara itu sama sekali tidak benar dan persepsi seperti berikut haruslah dihilangkan dalam diri masyarakat.

Advertisement

Dalam perkongsian video TikTok kali ini, video yang telah dimuat naik oleh Saleemzalzalah menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kad OKU dan memaparkannya kepada seorang kanak-kanak.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut menghampiri pemuda itu kerana ingin meminta sedekah tetapi pemuda itu terus mengambil dompetnya dan mengeluarkan kad OKU sehingga membuatkan kanak-kanak itu terkelu.

Namun begitu, menerusi caption di TikTok oleh Saleemzalzalah, mereka tetap memberi sedekah kepada kanak-kanak itu kerana tahu tentang kebaikan bersedekah dalam bulan Ramadan dan berharap rezekinya dimurahkan.

Beralih ke ruangan komen, ramai yang mengambil peluang untuk bergurau berkenaan kejadian tersebut.

 

laluan OKU terlebih curam
3 years ago

“Orang Biasa Pun Boleh Jatuh..” - Netizen Kritik Laluan OKU Dibina Terlebih Curam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...