“Orang Biasa Pun Boleh Jatuh..” – Netizen Kritik Laluan OKU Dibina Terlebih Curam

Kehidupan

“Orang Biasa Pun Boleh Jatuh..” – Netizen Kritik Laluan OKU Dibina Terlebih Curam

Pembinaan laluan khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) perlulah dibina berdasarkan spesifikasi khas dan tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia melibatkan keselamatan pengguna.

Jika sebelum ini, tular di media sosial mengenai penyalahgunaan kotak parkir OKU yang menjadi tapak perniagaaan dan sebagainya, namun tidak kurang juga dengan pembinaan ‘ramp’ untuk kegunaan warga OKU yang menggunakan kerusi roda dalam aktiviti harian.

Advertisement
oku rampSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Dalam sebuah perkongsian di TikTok, seorang individu tampil meluahkan rasa geram dengan pembinaan laluan OKU yang didakwanya, terlebih curam dan membahayakan.

Kata individu itu, laluan tersebut itu sangat tinggi dan agak mustahil bagi seseorang yang menggunakan kerusi roda untuk menaikinya dan juga turun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat lelaki itu dan beranggapan orang yang normal juga berisiko untuk cedera jika melaluinya.

Orangnya turun dulu, wheelchair kat atas. – netizen

Curam betul tu! Sepatutnya perlu ikut spesifikasi kalau nak buat kemudahan untuk golongan OKU.

jemaah masjid
2 years ago

“Berlapang Dadalah..”- Ada Jemaah Tak Senang Budak Berlari Ketika Terawih, Ini Respon Imam Masjid Putrajaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...