“Berlapang Dadalah..”- Ada Jemaah Tak Senang Budak Berlari Ketika Terawih, Ini Respon Imam Masjid Putrajaya

Kehidupan

“Berlapang Dadalah..”- Ada Jemaah Tak Senang Budak Berlari Ketika Terawih, Ini Respon Imam Masjid Putrajaya

Peralihan negara ke fasa endemik ternyata memberi nafas baru buat rakyat kerana sudah banyak kelonggaran diberikan termasuklah aktiviti mengimarahkan masjid dan surau, di mana jemaah kini boleh solat berjemaah secara rapat dan lebih kapasiti daripada sebelumnya.

Dan pastinya, bukan sahaja orang dewasa malah golongan kanak-kanak turut berasa teruja dengan kedatangan bulan Ramadan dan juga suasana terawih meskipun hanya hadir ke pusat ibadah untuk menemani ibu bapa masing-masing.

Advertisement
Kanak-kanak solatSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Namun begitu, ada yang memberikan pendapat berbeza di mana mereka beranggapan bahawa ibu bapa seharusnya tidak membiarkan anak masing-masing membuat bising di masjid sehingga menganggu jemaah yang lain.

Kelonggaran ini bukan lesen untuk ibu bapa lepas tangan, didik anak-anak untuk jaga perangai dan bawa bacaan atau mainan untuk anak-anak.

Ibu bapa masih perlu mengingatkan anak-anak mereka supaya tidak bising atau perlahankan suara ketika bergurau.

Namun begitu, twit daripada seorang individu yang memetik kata-kata Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya mungkin membuatkan hati netizen berasa sayu kerana terselit seribu makan.

Jika anak-anak berlari ke sana-sini, menjerit, kami harap tuan puan boleh berlapang dada, kerana masjid ini telah 2 tahun merindui suara kanak-kanak.

Rata-rata netizen memberikan komen dan menzahirkan rasa syukur serta turut berkongsikan pengalaman masing-masing.

“Nikmat yang paling besar dalam Ramadan tahun ini adalah peluang untuk bawa keluarga datang ke masjid. Perkara yang paling dirindui.” komen seorang warga maya.

TikTokers
2 years ago

(VIDEO) “Cara Tak Betul Bro..” - Tiktokers Dikecam Netizen Kerana Campak Duit Untuk Sedekah Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...