(VIDEO) Ibu Tinggal Sekejap Beli Sarapan, Tiga Anak Dalam Kereta Nyaris Diculik

Berita

(VIDEO) Ibu Tinggal Sekejap Beli Sarapan, Tiga Anak Dalam Kereta Nyaris Diculik

Satu kejadian mengerikan dilaporkan telah terjadi di sebuah stesen minyak di Batu 9, Telok Panglima Garang apabila tiga orang kanak-kanak yang ditinggalkan sementara oleh ibu mereka di dalam kereta hampir diculik dan dibawa lari.

Difahamkan, ibu kanak-kanak terbabit telah meninggalkan kenderaan untuk seketika kerana ingin membeli sarapan pagi memandangkan waktu itu berada dalam keadaan hujan.

Advertisement

‘Footage’ kejadian berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang diperoleh daripada stesen minyak dan kemudiannya dimuat naik di Facebook oleh seorang individu.

Ketika saya berada di kedai makan tersebut, saya terlihat sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam telah memandu dalam keadaan perlahan dan berhenti di bahagian belakang kereta saya.

Kemudian, seorang lelaki telah keluar kereta berkenaan dan berdiri di sebelah pintu kereta Nissan Almera miliknya.

Gerak geri lelaki berkenaan turut mendatangkan curiga kerana dia seolah-olah melihat ke dalam kereta melalui tingkap selain seperti cuba untuk membuka pintu kereta.

culikSumber : Facebook  

Saya terus berlari ke arah kenderaan dan bertanya mengapa hampiri kenderaan saya dan dia beritahu bahawa pintu kereta saya tidak rapat.

Pintu memang tidak rapat kerana rosak. Apabila saya menyoalnya, lelaki tersebut terus berlalu pergi masuk ke dalam keretanya dan terus beredar.

Wanita itu juga memaklumkan bahawa lelaki berkenaan merupakan warganegara Indonesia dan telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jongkong emas
2 years ago

"Mana Emas Aku.." - Lelaki Dakwa Jongkong Emas Dibeli Secara 'Online' Ghaib Ketika Berada Di Syarikat Kurier

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...