“Mana Emas Aku..” – Lelaki Dakwa Jongkong Emas Dibeli Secara ‘Online’ Ghaib Ketika Berada Di Syarikat Kurier

Berita

“Mana Emas Aku..” – Lelaki  Dakwa Jongkong Emas Dibeli Secara ‘Online’ Ghaib Ketika Berada Di Syarikat Kurier

Seorang lelaki dilaporkan mengalami kerugian setelah jongkong emas yang dibelinya melalui sebuah ‘website’ bernilai lebih RM10,000 ‘lesap’ ketika berada di sebuah syarikat kurier.

Lapor Harian Metro, lelaki berusia 33 tahun itu dilaporkan telah membeli jongkong emas itu ketika melayari sebuah laman web ketika berada di rumahnya pada 8 Ogos lalu.

Advertisement
PolisSumber : Google  

Namun, kerana berasa curiga ia dicuri ketika dalam simpanan syarikat kurier itu, dia tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Mangsa bersetuju untuk membeli barn emas seberat 40 gram berharga RM10,570. Selepas segala proses selesai, mangsa membuat pembayaran keesokan harinya melalui transaksi ke akaun bank yang didaftar atas nama sebuah syarikat.

Lelaki itu ada membuat semakan pada 13 Ogos lalu menerusi ‘tracking number’ yang diberi syarikat yang menjual emas terbabit.

Dia yang mahu mengambil barang dibelinya dimaklumkan yang ia tiada dalam simpanan di situ membuatkan mangsa tidak berpuas hati dengan kejadian itu.

Manakala Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh mengesahkan mengenai laporan itu dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengkid ihram dah selesai
2 years ago

"Harap Ayid Insaf.." - Isu Wanita Berpakaian Ihram Di Mekah Selesai Sebulan Lalu, Rupa-Rupanya....

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...