“Harap Ayid Insaf..” – Isu Wanita Berpakaian Ihram Di Mekah Selesai Sebulan Lalu, Rupa-Rupanya….

Berita

“Harap Ayid Insaf..” – Isu Wanita Berpakaian Ihram Di Mekah Selesai Sebulan Lalu, Rupa-Rupanya….

Bulan lalu, media sosial tempatan digemparkan dengan kes seorang wanita yang bertindak berpakaian ihram seperti lelaki ketika berada di Mekah.

Perkara itu mula menjadi buah mulut netizen apabila seorang individu dipercayai bekas teman wanita ‘lelaki jadian’ tersebut telah mendedahkan modus operandi wanita berkenaan yang menipu dan berperwatakan lelaki.

Advertisement

Terbaru, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata wanita ‘pengkid’ berkenaan telah tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar dan menjalani sesi kaunseling.

Difahamkan, gerakan ‘buruan’ wanita berkenaan telah selesai hampir sebulan lalu setelah pihak jabatan agama negeri itu mengambil keterangan dan suspek pun memberikan kerjasama yang baik.

Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat hukuman, tangkap, apatah lagi mendera.

Pihak JAIPk juga berharap agar wanita berkenaan sedar akan kesilapan yang dilakukannya serta mula insaf.

Harian MetroSumber : Harian Metro  

Katanya lagi, jika kes seumpamanya berulang, pihak mereka akan mengambil tindakan yang tegas bergantung kepada keseriusan kesalahan berkenaan.

Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan telah berpakaian ihram seperti jemaah lelaki ketika berada di Mekah dan turut didakwa menggunakan visa pelancong dan bukannya khidmat agensi bagi tujuan mengerjakan umrah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

madrasah darussolihin
2 bulan lalu

Tiada Kecederaan Di Badan Mangsa, Pengadu Kes Madrasah Darussolihin Didakwa Buat Laporan Palsu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    September 30, 2022 at 10:34 am

    dunia ni bukan milik kau sorang saja so apa kau kecoh biar lah lgbtq ka non muslim ka freemason ka pun penduduk dunia

  2. cLn

    September 29, 2022 at 2:51 pm

    Setel mcm tu je? Lps ni ramai lg la buat…sbb nnt dpt peluang..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...