Tiada Kecederaan Di Badan Mangsa, Pengadu Kes Madrasah Darussolihin Didakwa Buat Laporan Palsu

Berita

Tiada Kecederaan Di Badan Mangsa, Pengadu Kes Madrasah Darussolihin Didakwa Buat Laporan Palsu

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai dakwaan seorang individu yang melaporkan adiknya telah didera oleh pemilik sebuah madrasah pemulihan dadah yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi untaian Tweet di media sosial Twitter sehingga mencetuskan kekecohan.

Hari ini, media Berita Harian melaporkan ibu kepada mangsa, Zuraina Zamri,45 telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan membuat laporan polis berhubung kejadian berikut.

Advertisement
berita harianSumber : Berita Harian  

Tertuduh walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali.

Zuraina didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah malam di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25 pada 21 Ogos lalu.

TwitterSumber : Twitter  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata Zuraina ada tampil membuat laporan yang mendakwa anaknya berusia 20 tahun itu telah dipukul, ditumbuk dan kepala diketuk oleh warden madrasah tersebut.

Pemeriksaan lanjut dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

Kata Iqbal lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya serta diputuskan No Further Action (NFA) terhadap kes berkenaan.

“Manakala wanita itu pula dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana didapati membuat laporan dan memberikan maklumat palsu kepada polis, dengan niat menyebabkan penjawat awam (polis) menggunakan kuasa di sisi undang-undang yang boleh mendatangkan bencana kepada seseorang yang lain (pihak madrasah)” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Zakar Ditarik Sampai Senak, Kepala Dipijak" - Dihantar Untuk 'Rawat' Gangguan, Rupanya Didera Ala Militan Oleh Madrasah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 26, 2022 at 9:44 pm

    plot twist ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...