Penularan gelombang varian baru COVID-19 iaitu Omicron menyaksikan negara telah mencatatkan kes yang tinggi dari hari ke hari.
Varian Omicron ini pula hanya menunjukkan simptom yang sederhana dan menular dengan pantas lalu menyebabkan ramai golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung lebih terdedah untuk dijangkiti wabak ini.
Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita yang dikenali sebagai @sheyraedy tampil berkongsikan pengalaman dijangkiti COVID-19 ketika dirinya sedang sarat hamil.
Maklum Sheyra, dia pada mulanya menjalani kuarantin di rumah sebelum mengalami pendarahan yang serius pada hari ke-7.
Setelah itu, dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya namun menerima berita duka apabila anak dalam kandungannya telah meninggal dunia.
Doktor scan jantung anak mommy dah terhenti dan anak mommy dah kecut. – Sheyra
Difahamkan, kandungan Sheyra juga sudah cukup sifat di kala usianya sudah mencecah 16 minggu namun terpaksa dikeluarkan kerana jantung anaknya itu telah dijangkiti kuman dari virus COVID-19.
Perkongsian si ibu ini ternyata telah mengundang rasa simpati dalam kalangan netizen dan ramai yang mendoakan agar Sheyra terus kuat semangat dalam menghadapi kehilangan permata hatinya itu.
Berikutan itu, ramai juga yang menasihatkan ibu-ibu mengandung di luar sana agar mendapatkan vaksin COVID-19 bagi memperoleh perlindungan sewajarnya daripada penularan wabak mempunuh ini.