Pemergian pelakon Fattah Amin dan Fazura bersama keluarga mereka ke Tanah Suci Makkah menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada pihak mengesahkan mereka sebenarnya sudah bernikah secara tertutup pada 14 November lalu iaitu malam sebelum mereka bertolak untuk mengerjakan umrah.
Dikala semua peminat di Malaysia sedang rancak berbicara mengenai pernikahan mereka, pengurus Fattah, Aca telah memuat naik video yang seakan memberikan gambaran bahawa Fattah dan Fazura sudah bergelar suami isteri.
Dalam video yang dimuat naik Aca, beliau telah mengusik ibu kepada Fazura sewaktu berada di Jabal Rahmah dan bertanyakan apakah doa yang ingin beliau minta. Secara spontan, ibu Fazura mendoakan agar jodoh anaknya dan Fattah berkekalan.