(VIDEO) Hujan Berterusan di Kelantan, Penduduk Kongsi Rakaman Kepala Air ‘Mengganas’ di Kuala Krai

Berita

(VIDEO) Hujan Berterusan di Kelantan, Penduduk Kongsi Rakaman Kepala Air ‘Mengganas’ di Kuala Krai

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) turut meramalkan kejadian banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Keadaan cuaca buruk ini berkemungkinan akan menyebabkan fenomena kepala air dan bencana banjir di negeri yang terlibat.

Malah, salah satu kawasan air terjun di Kelantan dikatakan telah pun dilanda kepala air. Berdasarkan perkongsian seorang netizen di TikTok, kira-kira jam 10 pagi tadi dia telah mula mengambil video keadaan terkini secara live.

Menerusi akaun TikTok individu bernama Mohd Adha itu, beberapa video keadaan banjir dan kepala air dilihat berlaku di Lata Berangin, Kuala Krai dan kawasan setempat.

Video dikongsikannya mendapat perhatian dan ramai memberikan respon dengan mendoakan keselamatan penduduk di kawasan setempat dan berharap tiada perkara tidak diingini berlaku di sana.

Baca: “Ya Allah Bahayanya” – Mangsa Banjir di Mentakab Terpaksa Tinggal Bawah Khemah Tepi Jalan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...