“Ya Allah Bahayanya” – Mangsa Banjir di Mentakab Terpaksa Tinggal Bawah Khemah Tepi Jalan

Berita

“Ya Allah Bahayanya” – Mangsa Banjir di Mentakab Terpaksa Tinggal Bawah Khemah Tepi Jalan

Selain Selangor, banjir di Pahang baru-baru ini juga turut menyebabkan kesan yang sangat buruk. Antaranya adalah ribuan kayu balak dilihat terapung akibat bencana tersebut.

Ramai penduduk setempat kehilangan rumah serta harta benda dan lebih menyedihkan ada mangsa banjir di Mentakab yang terpaksa berkhemah di tepi jalan.

Advertisement

Menerusi sebuah video yang tular dimuat naik oleh Zhafri Hassan di TikTok, dia telah berkongsi detik pertemuannya dengan beberapa penduduk yang dilihat mendirikan khemah.

Salah seorang makcik di situ berkata, kebanyakan penduduk akan tumpang di rumah saudara mara setiap kali berlakunya banjir. Namun, ada juga di antara mereka yang terpaksa berkhemah di tepi jalan sepertinya.

Makcik pindah sendiri. Ada yang duduk rumah anak, kita orang ni bila banjir kat sinilah tempatnya.”

@zhafrihassanzuzu

#banjir2021 Allah sayangilah kami ???????

? Astaghfirullah (Robbal Baroya) – Islamic Qasidah

Di dalam khemah mereka boleh dilihat ada barangan seperti dapur memasak, katil, makanan dan termasuklah barangan berharga yang sempat diselamatkan.

Video tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya turut berasa sebak dengan apa yang menimpa mangsa banjir di Mentakab. Apatah lagi, ianya sudah seperti ‘acara tahunan’ kerana banjir bukan pertama kali terjadi di sana.

Baca: Netizen Terpukau Tengok Makanan Dalam Bekas ‘Tupperware’ Masih Elok Lepas Banjir Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...